Jom hormati orang lain!

Assalamualaikum

Hari ni popular sangat dalam facebook dan youtube berkenaan satu video yang saya tak nak sebut kat sini. Malas la nak ulas kan sebab rasanya dah ramai yang mengulas pasal ni.

Tapikan, saya sebenarnya agak terganggu melihat video tu. Bukan kerana isunya, tetapi kerana sikap (attitude) yang ditonjolkan dalam video tu. Saya cukup risau kalau satu hari nanti anak saya bersikap macam tu. Nanti orang kata, “hai anak sape la tu tak reti nak hormat orang, egois pulak tu!” Waaa saya tak nak orang cakap macam tu kat saya ataupun anak saya!

Oleh itu, jom lah kita sama-sama ajar anak kita untuk menghormati orang lain (respect others), mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang lain (compassionate), merendah diri (humble) dan paling penting, jangan merajakan sikap ego dalam diri.

Kita tentu rasa sakit hati kan kalau jumpa dengan orang yang egois ni. Berlagak pulak. Ingat dia je yang betul, tak nak dengar cakap orang lain. Jadi, kalau kita sendiri tak suka orang macam ni, kita pun tak boleh la jadi orang yang macam ni. Dan anak-anak kita pun kita kena ajar supaya tak jadi macam ni. Anak-anak ni kita kena ajar satu persatu apa yang kita nak dia tahu. Tak boleh nak assume dia akan belajar sendiri semua. Kita ajar dia dengan cara menunjukkan contoh yang baik, dan juga ‘ceramahkan’ sikit tentang sikap-sikap yang baik dan yang tidak  baik, dan apa akibat baik dan buruk – consequences – dari setiap sikap tu.

Mama saya dulu suka belikan buku-buku kisah tauladan dan kisah-kisah Nabi untuk saya. Sebab saya suka baca buku macam dia juga. Jadi, saya banyak belajar tentang akhlak-akhlak yang baik dari buku-buku tu. Walaupun saya masih kecil pada waktu itu, sekurang-kurangnya asas akhlak yang baik tu dah melekat dalam kepala saya. Tinggal nak amalkan atau tidak je. Saya pun berhasrat nak ajar anak saya dengan cara yang sama juga.

Jom kita perhatikan perangai dan perwatakan orang, dan belajar membezakan yang baik dan yang buruk. Sikap yang baik dicontohi, sikap yang buruk ditinggalkan. Saya pun masih belajar dan belajar, agar saya dapat mengajar anak saya pula. Saya tak nak orang kata anak saya buruk perangai..malu la saya kan.

Jom sama-sama belajar akhlak dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Lain peringkat umur, lain cara layanannya. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Siapa lagi yang lebih baik selain dari Baginda sendiri untuk menjadi inspirasi kita kan.

Lets earn respect by respecting others~!

Advertisements

Isteri Kesayangan Suami

Isteri Solehah (nyanyian oleh saff-one & nazrey johani)

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Perkahwinan adalah sebuah medan perjuangan, bukan semata-mata bercintan-cintun ala-ala hindustan. It is not at all like in the movies, and is definitely not a bed of roses. Perkahwinan adalah sebuah realiti kehidupan yang penuh pancaroba, tetapi terselit sepenuh kebahagiaan yang sememangnya tidak wujud dalam dunia couple. Menjadi isteri kesayangan suami adalah impian setiap wanita yang berkahwin. Namun, status ‘isteri kesayangan’ ini bukan mudah untuk dicapai. Ia memerlukan usaha dan komitmen yang konsisten dan berterusan.

NIAT

Perkara pertama yang paling penting yang perlu ada dalam mindset setiap isteri adalah niat. Kenapa aku berkahwin? Kerana nafsu? Kerana mengikut sunnah Nabi SAW? Kerana suruhan ibubapa? Niat akan menjadi drive (pendorong) dan sumber kekuatan bagi seorang isteri setiap kali dia menghadapi dugaan atau cabaran dalam rumahtangga. Seorang isteri yang berniat untuk berkahwin kerana Allah akan melaksanakan setiap tanggungjawabnya tanpa mengharapkan balasan daripada suami, kerana dia tahu, sebaik-baik balasan itu datang dari Allah. Jika meletakkan harapan pada sesama manusia, pada suami, macam-macam boleh berlaku pada masa hadapan. Contohnya, mungkin hari ini dia berhempas pulas membantu suami, tiba-tiba esok suami curang pula. Seorang isteri yang berniat untuk berkahwin kerana Allah juga akan merujuk guidelines yang terkandung dalam Al-Qur’an dan Sunnah untuk mengendalikan rumahtangganya. Semua tips sudah diberi oleh Allah dan RasulNya. Selebihnya atas kebijaksanaan si isteri itu untuk merenung dan memikirkan cara yang sesuai untuk mengaplikasikan tips-tips tersebut dalam kehidupan seharian.

MATLAMAT

Perkara kedua yang perlu ada dalam mindset setiap isteri adalah matlamat. Matlamat perkahwinan berperanan menentukan halatuju dan destinasi sesebuah perkahwinan. Seseorang wanita yang mahu berkahwin seharusnya menetapkan matlamat mahu mewujudkan sebuah rumahtangga yang tenteram dan menenteramkan jiwa dan penuh kasih sayang, dan  mengekalkan perkahwinannya hingga ke akhir hayatnya, seterusnya hingga bertemu semula di syurga. Pendek katanya, mahu menjadi isteri yang solehah. Sepertimana firman Allah;

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (Ar Rum: 21). 

Pasangan suami isteri yang mempunyai matlamat sebegini akan menyedari betapa pentingnya berusaha ke arah kebahagiaan dan akan sentiasa fokus ke arah itu. Perceraian tidak akan dipilih untuk menjadi solusi mudah bagi menyelesaikan sesuatu isu dan pertelingkahan. Apabila niat dan matlamat sudah jelas, di bawah ini disenaraikan serba-sedikit tips untuk menjadi isteri kesayangan suami yang dipetik dari pengalaman orang-orang lama dan ditambah rencah-rencah yang sesuai. Semoga bermanfaat.

PERANAN ISTERI

1. Jaga suami

Makan, minum dan pakaian suami diuruskan dengan baik. Kalau tak pandai masak, seeloknya belajar, sekurang-kurangnya belajar menu kegemaran suami. Suami lebih gembira makan masakan isteri berbanding makan di kedai. Itulah cara suami menghargai isterinya.

Sentiasa belai suami. Suami yang kurang mendapat belaian akan tandus jiwanya. Oleh itu siramlah hati dan jiwanya dengan kasih sayang dan cinta yang banyak!

Jaga kehendak suami selagi tidak menyalahi hukum. Apa saja yang suami mahukan tidak boleh dipandang ringan. Itu adalah haknya.

Jaga adab sopan dengan suami. Jangan depan orang lain pandai bersopan tapi depan suami pakai hentam. Bercakap dengan lemah-lembut. Jangan sesekali meninggikan suara terhadap suami walaupun ketika bergaduh.

Jangan amalkan tabiat bermasam muka dengan suami, ini adalah tabiat yang sangat buruk. Kalau tak puas hati, suarakan dengan cara orang dewasa yang matang.

Jangan amalkan sifat ego, ini adalah sifat buruk yang tak membawa ke mana. Bila bergaduh, tangani konflik dengan penuh hikmah. Duduk berbincang. Jika suami susah diajak berbincang, cuba gunakan cara halus. Suarakan isi hati melalui surat, nota, emel, apa saja! Tapi bukan melalui orang ketiga. Urusan suami isteri mesti kekal rahsia di antara suami isteri sahaja.

Ringankan mulut untuk meminta maaf. Rendahkan ego. Walaupun tak puas hati, minta maaf dulu untuk menjernihkan suasana. Setelah suasana jernih, barulah suarakan.

Jangan jadi queen-control. Kat dunia memang seronok bila suami ikut telunjuk, tapi di akhirat nanti berat balasannya. Kalau suami buat perangai, nakal di luar dan yang sewaktu dengannya, jangan terus mengamuk. Mengamuk tak akan membetulkan keadaan. Sebaliknya, tenangkan diri, kemudian sit down and think. Jadilah wanita yang bijak dan tangani hal tersebut dengan cara yang bijak. ‘Tegur’ suami dengan cara halus. Ingat, suami adalah hak seorang isteri, bukan hak girlfriend atau skandal dia. Jangan izinkan orang lain mengambil hak kita melalui pintu belakang!

Jika hendak menegur suami, gembirakan dia dahulu. Pastikan perutnya tidak kelaparan, hatinya senang, layan dengan mesra. Confirm mudah diterima teguran itu.

Kejayaan seorang wanita adalah apabila dia mampu memenangi hati suaminya, dan menambat hati suaminya padanya, dan melenturkan ego suaminya, hanya dengan menggunakan kebijaksanaan dan kelembutan dirinya, tanpa memerlukan khidmat bomoh, pengasih dan segala karut-marut yang lain. Woman power!

2. Jaga ibubapa suami

Sayangilah mertua anda! Ibubapa suami mestilah dianggap seperti ibubapa sendiri dan diberi layanan yang baik. Ingatlah, merekalah yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan lelaki yang menjadi teman hidup kita sekarang. Apabila kita melayan ibubapa suami dengan baik, sudah tentu suami juga akan melayan ibubapa kita dengan baik. Suami juga akan berasa gembira melihat kita melayan ibubapanya dengan baik, sekaligus akan menambah kasih sayang suami dan melembutkan hati suami terhadap isteri. Tak percaya? Cuba buat.

3. Jaga anak-anak suami

Tiada suami yang tidak tersentuh hati melihat betapa isterinya begitu penyayang terhadap anaknya. Kebajikan anak dijaga sebaiknya, anak yang kecil disusukan, anak yang besar dilayan dengan lemah-lembut, dipukul dengan penuh hikmah jika perlu, diberi kasih sayang, diasuh mengikut lunas-lunas Islam. Seorang isteri dan ibu mesti mengambil tahu peranan yang sepatutnya dia mainkan dalam mendidik anak-anak kerana anak adalah cerminan ibubapa. Anak-anak juga adalah masa depan bagi ibu dan bapanya. Didikan yang baik akan menghasilkan anak-anak yang mampu menjaga kebajikan kedua ibubapa di hari tua dan selepas mati, dan sebaliknya. Lihat fenomena di sekeliling kita dan renung-renungkan.

4. Jaga harta suami

Jangan bawa masuk orang ke dalam rumah tanpa izin suami, apatah lagi jika orang itu tidak disukai suami. Jangan gunakan harta suami tanpa izin, apatah lagi untuk tujuan yang tidak baik. Harta suami wajib dijaga sebaiknya. Suami sepatutnya mampu berasa tenang apabila meninggalkan rumah dan hartanya di bawah jagaan isterinya.

5. Jaga diri sendiri

Jaga maruah diri apabila suami tiada. Kalau rasa nak nakal-nakal sikit, ingat lah neraka Allah menanti isteri yang nusyuz. Kalau dah ‘ter’nakal tu, pandai-pandai la cari jalan pulang. Hidup ni bukan untuk nafsu dunia sahaja.

Keluar rumah wajib dengan izin suami. Banyak hikmahnya kenapa Islam mewajibkan isteri meminta izin suami dalam sesuatu hal. Antaranya, untuk kemaslahatan rumahtangga, mengelakkan syak wasangka suami, menjaga status suami sebagai ketua keluarga, sekiranya berlaku kemalangan atau timbul sebarang masalah, suami lebih bersedia untuk bertindak, dan sebagainya.

Penampilan haruslah kemas dan menarik di mata suami. Tiada bau yang tidak menyenangkan suami. Selain penampilan, kestabilan emosi isteri juga harus dijaga. Suami tidak suka jika dia pulang kerja keletihan dan terpaksa pula menghadap wajah isteri yang moyok kerana keletihan atau kemurungan kerana bermacam masalah. Korbankan buat sementara kekacauan emosi apabila berhadapan dengan suami. Berikan senyuman yang manis. Wajah mungkin akan kurang berseri apabila letih atau susah hati, tetapi sekurang-kurangnya senyumlah dahulu. Setelah suami settle down, barulah kongsikan dengan suami.

Kesimpulannya, menjadi isteri ni bukanlah mudah. Banyak pengorbanan yang harus dilakukan. Apabila berasa penat dengan dugaan dan cabaran, jadikanlah matlamat syurga Allah sebagai ubat. Isteri solehah itu, namanya menjadi perbualan penduduk di langit, matinya menjadi ketua bidadari di syurga. Ketahuilah bahawa pintu syurga seorang wanita itu banyak terdapat di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Alang-alang dah susah, biarlah mendapat hasil yang lumayan di akhirat yang kekal abadi, kerana Rasulullah SAW telah bersabda;

“Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.”

Rujukan menarik: Pesanan Buat Wanita

Bukankah ikhlas dan budi bahasa itu bersaudara?

Seringkali kita berhadapan dengan situasi di mana seorang hamba Allah; mungkin rakan atau saudara atau orang yang tidak dikenali, meminta pertolongan kita tentang sesuatu. Sebagai makhluk Tuhan yang ‘berhemah’, mungkin kita akan hulurkan bantuan yang dipinta. Ikhlas atau tidak, itu soal kedua. Apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, kita tetap mendapat pahala, tidak kira sama ada kita ikhlas atau tidak. Sebab itulah keikhlasan jatuh ke nombor dua. Namun, setelah dia itu kita bantu, dia terus berlalu tanpa terfikir untuk sekurang-kurangnya mengucapkan “terima kasih”. Apatah lagi memberi sagu hati, atau belanja minum. Memang la kita tidak memintanya dan mungkin tidak mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi tentu jiwa kita ini tetap terusik dengan perlakuan sebegitu kan? Lebih teruk lagi, setelah dibantu, ucapan-ucapan pedas yang menjadi halwa telinga. Ini memang sudah keterlaluan!

Sama ada kita sedar atau tidak, situasi ini banyak berlaku dalam masyarakat. Baik yang kaya, yang sederhana, yang berpendidikan tinggi mahupun yang tidak bersekolah. Golongan sebegini memang menyakitkan hati!

Pernah dengar pantun ini, “Orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa”? Mesti ada sebab kenapa orang-orang tua zaman dahulu buat pantun ini kan?

Nak minta pertolongan dari orang, ada caranya. Kalau kita pandai mengambil hati, orang yang asalnya menolong dengan rasa tak ikhlas pun boleh jadi ikhlas. Tapi kalau kita tak pandai berbahasa, pertolongan yang asalnya ikhlas pun boleh jadi tak ikhlas. Apalah salahnya kalau kita minta pertolongan seseorang tu dengan berbudi bahasa dan bersopan, setelah selesai semuanya, sekurang-kurangnya kita ucapkan terima kasih dan berikan senyuman.

Cuba bayangkan situasi-situasi berikut:

Situasi 1:

Anda dengan sepenuh keikhlasan menumpangkan kawan anda yang nak pergi membeli-belah. Kebetulan anda pun mahu membeli-belah dan tiada teman. Setelah selesai urusan membeli-belah, usahkan nak berkongsi duit minyak, duit parking yang mahal (sebab tunggu dia shopping berjam-jam) pun kawan anda tu tak hulur. Apa anda rasa (walaupun anda sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa balasan)?

Situasi 2:

Kawan anda ada urusan di suatu tempat berhampiran rumah anda tetapi dia tidak biasa dengan tempat itu. Anda dengan sepenuh keikhlasan menumpangkan kawan anda itu. Setelah selesai urusan, kawan anda mengajak anda makan dan membelanja anda makan. Walhal anda tidak mengharapkan apa-apa balasan (sepenuh keikhlasan kan). Apa anda rasa?

Situasi 3:

Rakan sekerja anda meminta anda membelikan sesuatu untuknya, dia menghulurkan wang lebih dari harga sebenar barang itu lalu mengatakan yang dia mahukan resit harga barangan yang dia kirim dan berpesan siap-siap supaya anda memulangkan baki wangnya (“jangan keep the change pulak”‘ katanya). Apa anda rasa?

Jawapan-jawapan anda menunjukkan perbezaan reaksi terhadap orang yang berbudi bahasa dengan yang kurang berbudi bahasa. Apabila orang meminta pertolongan daripada kita dengan bahasa yang sopan, kemudiannya menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih atas usaha kita membantunya, sudah tentu kita merasa gembira, dan tidak kisah jika orang itu mahu meminta tolong lagi di masa hadapan. Tetapi jika sebaliknya, usahkan kita merasa gembira, rasa menyesal pula membantu orang yang tidak pandai berbahasa ini. Silap haribulan rasa serik pula. Dapat dilihat dengan jelas bagaimana budi bahasa seseorang berupaya mempengaruhi keikhlasan dalam hati pihak yang memberi pertolongan.

Dalam masa yang sama, kita juga perlu ingat, jika kita tidak suka orang melakukan perkara sedemikian pada kita, kita mesti terlebih dahulu tidak melakukannya kepada orang lain. Jika kita suka orang berbuat baik kepada kita, kitalah yang terlebih dahulu mesti memulakannya. What you give, is what you get back.

Suatu kata hikmat yang ingin saya kongsikan di sini, saya kurang pasti siapa yang mengucapkannya. Namun kata-kata itu memberi makna yang sungguh mendalam.

Ingat 2 lupakan 2;

Ingat kebaikan orang pada kita, lupakan kebaikan kita pada orang.

Ingat kejahatan kita pada orang, lupakan kejahatan orang pada kita.

Sekian, wassalam.

Cara Mendidik Anak

Dipetik dari status seorang kawan

Pesan Saidina Ali:

CARA MENDIDIK ANAK

Didiklah anak kamu dgn cara yg berbeza setiap 7 tahun

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan & rasa cinta.

7 tahun kedua, berlaku tegas dgn mereka. Didik mereka & perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dgn mereka. Di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dgn mereka sebelum mereka mempunyai sahabat yg boleh merosakkan akhlak.

Tazkirah Ramadhan: Peringatan untuk diriku

Ramadhan tiba lagi. Ada orang yang berasa gembira dan tidak sabar untuk berpesta ibadah, dan tidak kurang juga yang mengeluh mengenangkan bakal terpaksa menahan lapar dan dahaga selama sebulan.

Bulan ramadhan inilah waktu terbaik untuk kita merenung dan menginsafi nasib hamba-hamba Allah yang kurang bernasib baik; fakir miskin yang mengais-ngais mencari sesuap nasi, saudara seagama yang berada di zon perang, hamba-hamba Allah yang ditimpa musibah. Berbuka puasa dengan apakah mereka hari ini? Ada makanan atau tidak? Jika kita sentiasa ingat pada golongan-golongan ini, sudah tentu kita tidak tergamak membazir walau sebiji nasi pun.

Jika kita ingat pada mereka ini, kita tidak akan teringin untuk membeli belah mengikut hawa nafsu kala melawat bazar ramadhan. Kita juga akan lebih beringat untuk tidak makan sehingga terlalu kenyang dan tidak mampu bergerak bak ular sawa kekenyangan. Bukankah bulan ramadhan ini sepatutnya bulan latihan mengawal nafsu? Haiwan di hutan pun pandai makan ikut keperluan, takkanlah manusia yang berakal tak boleh berfikir? Tak gitu? Jika kita tidak berupaya mengawal nafsu kita, bukankah itu bermakna kita sendiri yang merendahkan darjat kita ke tahap yang lebih rendah dari haiwan?

Jangan dilupakan insan-insan yang telah pergi meninggalkan kita. Mereka ini telah selamat menemui tuhan mereka. Kita bila lagi? Kalau kita mati esok, ke syurgakah, atau ke nerakakah kita?

Kepada ibu-ibu yang sedang mengandung, semoga terus tabah menjalani ibadah puasa selama sebulan. Semoga dengan pembawaan budak ini akan menguatkan lagi semangat para ibu untuk terus memperbaiki diri supaya dapat melahir dan membesarkan zuriat yang hidup dan matinya untuk Allah. Alang-alang kita bersusah payah mengandung dan melahirkan anak ini, biarlah sehingga anak ini menjadi anak yang bakal memimpin kita ke syurga Allah kelak. Semoga anak ini lahir menjadi hamba Allah yang berbakti ke jalanNya, seorang manusia yang berakhlak mulia dan bijaksana. Niatkanlah setiap kesusahan kita ini sebagai jihad lillahi ta’ala kerana hanya Allah yang selayaknya memberi ganjaran atas setiap amalan hambaNya. Insya Allah.

Rights of A Dying Muslim upon A Living Person

One sweet day, as I was tidying my cupboard, I found this piece of paper with my scribbles on it. It was written in pencil ink. I guess it must be one of my lecture notes with Dr Abdi Omar, or maybe another lecturer. I’m not so sure. I’m not even sure for which subject, and from which semester. But the topic is good, so I’m preserving the knowledge here for us to ponder and share.

RIGHTS OF A DYING MUSLIM UPON A LIVING PERSON

Family members and his most pious friends should be informed and be present at his side and should act the following:

  • Help him turn his thoughts to Allah.
  • Encourage him very gently to repent.
  • Remind him about all the good deeds that he did.
  • Remind him about Allah’s mercy and Allah’s forgiveness so that he may anticipate Allah’s mercy and Allah’s favor.

Allah said in the Qur’an (15:56): “And who despairs the mercy of Allah, but those who are misguided.”

Hadith: “Let no Muslim die except expecting and hoping the best of Allah.” (*needs quotation)

  • Be kind and patient.
  • Never leave him alone.
  • Give him hope, not allow him to cry in pain or panic.
  • Prompt him gently (encourange without insistence) every now and then to say the shahadah.
Wallahu a’lam~

Bagaimana Memahami Petunjuk Istikharah

Soalan yg agak popular di kalangan kita kan, macam mana nak tahu yg kita dapat petunjuk lepas istikharah? Macam mana nak tahu betul ke tak apa yang kita rasa, apa yg kita mimpi dan sebagainya? Macam mana nak rasa yakin dengan istikharah yg kita dah buat tu? Rasa tenang dgn pilihan tu ke macam mana?

Saya pun bukan la ustazah utk jawab soalan ni, tetapi sebab saya pun pernah bertanyakan soalan2 seperti di atas ni, saya pun merajinkan diri saya utk buat ‘research’ berkenaan topik ni. Baca artikel sana-sini, tanya orang itu, orang ini, tapi tiada jawapan yg betul2 pasti. Setelah bertahun2 mencari, merasa pengalaman begitu dan begini, baru la saya betul2 faham akan hakikat solat istikharah ni. Di sini saya kongsikan hasil pencarian saya tentang konsep dan ‘how istikharah works’.

KENAPA PERLU ISTIKHARAH?

Jawapannya senang je, …

baca sambungannya di sini Bagaimana Memahami Petunjuk Istikharah