Jom hormati orang lain!

Assalamualaikum

Hari ni popular sangat dalam facebook dan youtube berkenaan satu video yang saya tak nak sebut kat sini. Malas la nak ulas kan sebab rasanya dah ramai yang mengulas pasal ni.

Tapikan, saya sebenarnya agak terganggu melihat video tu. Bukan kerana isunya, tetapi kerana sikap (attitude) yang ditonjolkan dalam video tu. Saya cukup risau kalau satu hari nanti anak saya bersikap macam tu. Nanti orang kata, “hai anak sape la tu tak reti nak hormat orang, egois pulak tu!” Waaa saya tak nak orang cakap macam tu kat saya ataupun anak saya!

Oleh itu, jom lah kita sama-sama ajar anak kita untuk menghormati orang lain (respect others), mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang lain (compassionate), merendah diri (humble) dan paling penting, jangan merajakan sikap ego dalam diri.

Kita tentu rasa sakit hati kan kalau jumpa dengan orang yang egois ni. Berlagak pulak. Ingat dia je yang betul, tak nak dengar cakap orang lain. Jadi, kalau kita sendiri tak suka orang macam ni, kita pun tak boleh la jadi orang yang macam ni. Dan anak-anak kita pun kita kena ajar supaya tak jadi macam ni. Anak-anak ni kita kena ajar satu persatu apa yang kita nak dia tahu. Tak boleh nak assume dia akan belajar sendiri semua. Kita ajar dia dengan cara menunjukkan contoh yang baik, dan juga ‘ceramahkan’ sikit tentang sikap-sikap yang baik dan yang tidak  baik, dan apa akibat baik dan buruk – consequences – dari setiap sikap tu.

Mama saya dulu suka belikan buku-buku kisah tauladan dan kisah-kisah Nabi untuk saya. Sebab saya suka baca buku macam dia juga. Jadi, saya banyak belajar tentang akhlak-akhlak yang baik dari buku-buku tu. Walaupun saya masih kecil pada waktu itu, sekurang-kurangnya asas akhlak yang baik tu dah melekat dalam kepala saya. Tinggal nak amalkan atau tidak je. Saya pun berhasrat nak ajar anak saya dengan cara yang sama juga.

Jom kita perhatikan perangai dan perwatakan orang, dan belajar membezakan yang baik dan yang buruk. Sikap yang baik dicontohi, sikap yang buruk ditinggalkan. Saya pun masih belajar dan belajar, agar saya dapat mengajar anak saya pula. Saya tak nak orang kata anak saya buruk perangai..malu la saya kan.

Jom sama-sama belajar akhlak dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Lain peringkat umur, lain cara layanannya. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Siapa lagi yang lebih baik selain dari Baginda sendiri untuk menjadi inspirasi kita kan.

Lets earn respect by respecting others~!

Advertisements

Mencari teman sehidup semati

January 4th, 2013

It’s my parents-in-law’s anniversary today! Err x sure la pulak tahun ke berapa ye? Yang pasti dah lebih 49 tahun. And this is the second year Abah berseorangan. Tiada lagi isteri tersayang untuk bersama-sama menyambut ulangtahun perkahwinan. Arwah Mak dah hampir dua tahun pergi menghadap Ilahi, meninggalkan kami semua. Alamak berair mata pulak, sayu rasanya. Mak ‘pergi’ sebagai seorang isteri yang solehah, yang sampai ke hari ini pun masih dirindui oleh suaminya. Para isteri sekalian, contohilah sikap-sikap dan sifat-sifat terpuji dan jadilah kita isteri yang macam ni. Yang bila kita dah tiada nanti, suami akan ingat dan rindu pada kita. In Sya Allah mudahlah jalan kita ke syurga. Pasangan macam ni baru la layak digelar teman sejiwa. Orang putih kata ‘true love‘.

Mak & Abah

Kita semua tentu ada impian nak mencari cinta sejati kan. Pasangan hidup yang boleh dijadikan tempat menumpahkan kasih sayang dan cinta, tempat mencurah isi hati, tempat berkongsi suka duka. Paling ultimate, adalah apabila pasangan itu mampu meneka apa yang kita fikirkan. Tak payah cakap dia dah tahu(tu telepati namanya). Tapi ada ke orang macam tu atas dunia ni?

In my humble opinion, cinta sejati ni hanya wujud pada pasangan yang dah melalui susah senang bersama, dan berjaya mengharunginya dengan tabah.  Contoh paling rapat, mertua aku sendiri. Sehingga ke hujung nyawa. Untuk pengetahuan, Mak di hujung hayatnya menderita Parkinson. Adakalanya bila beliau tak sihat, jawabnya memang perlukan pertolongan orang lain untuk  urusan harian; ke tandas, mandi, wudhu’. Nak pakai telekung untuk solat pun kena orang bantu. Dan Abah pula tabah membantu Mak walaupun Abah pun dah makin tak larat. Abah selalu sebut pada aku, walaupun Mak sakit-sakit, kehadiran Mak tetap menceriakan Abah, sebab Mak tetap ada menemani Abah dan menjadi teman Abah berbual. Jujurnya, bukan Abah je yang rindukan Mak sebagai teman berbual. Aku pun sama jugak sebab sekarang bila balik kampung, aku masih merasakan macam ada satu kekosongan di rumah Abah, kekosongan yang ditinggalkan oleh Mak. Sayu lagi.

Paling aku suka tengok, setiap pagi, Mak dan Abah akan duduk di meja. Simply spending time together, berborak pasal isu semasa, pasal anak cucu etc. Kalau Mama dan Papa aku pulak, selalunya aku dengar diorang berborak malam-malam sebelum tidur. Heheheh. Nampak simple, tapi kita yang melihat ni pun boleh rasa aura betapa rapatnya mereka dan betapa kasihnya mereka terhadap satu sama lain. Bila yang sorang bercakap, belum habis ayat pun yang sorang lagi senyum dan respon pada cerita itu. Bila yang sorang nakkan sesuatu, belum sebut lagi pun yang sorang lagi tu dah sediakan. Sebab dah tahu.

Oleh itu, aku rasa, cinta sejati hanya boleh dilihat pada orang yang dah lama berkahwin, dah lama hidup bersama (bukan pada orang yang baru kahwin dan baru balik bulan madu..itu adalah cinta yang belum diuji). Kalau setakat baru 3,4 tahun kahwin macam aku ni, aku rasa malu lagi nak mengaku dah mencapai tahap cinta sejati. Sebab masih banyak yang perlu dipelajari dan dibaiki, dan macam-macam ujian boleh timbul di kemudian hari.

Untuk teman-teman yang masih belum bertemu teman hidup, fokuskan pada mencari insan yang berbudi pekerti, yang taat pada Tuhan dan ibubapa, dan kaya dengan kasih-sayang. Jangan terlalu memikirkan cinta, sebab cinta itu dengan mudah boleh wujud apabila perkahwinan itu didasari niat dan matlamat yang betul; iaitu mahukan sebuah perkahwinan yang bahagia dan membahagiakan. Kalau cinta bagai nak rak pun, kalau pasangan tu orang yang entah apa-apa, cinta boleh hilang juga.

grampa gramma

Sekian..my two cents~

Bukankah ikhlas dan budi bahasa itu bersaudara?

Seringkali kita berhadapan dengan situasi di mana seorang hamba Allah; mungkin rakan atau saudara atau orang yang tidak dikenali, meminta pertolongan kita tentang sesuatu. Sebagai makhluk Tuhan yang ‘berhemah’, mungkin kita akan hulurkan bantuan yang dipinta. Ikhlas atau tidak, itu soal kedua. Apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, kita tetap mendapat pahala, tidak kira sama ada kita ikhlas atau tidak. Sebab itulah keikhlasan jatuh ke nombor dua. Namun, setelah dia itu kita bantu, dia terus berlalu tanpa terfikir untuk sekurang-kurangnya mengucapkan “terima kasih”. Apatah lagi memberi sagu hati, atau belanja minum. Memang la kita tidak memintanya dan mungkin tidak mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi tentu jiwa kita ini tetap terusik dengan perlakuan sebegitu kan? Lebih teruk lagi, setelah dibantu, ucapan-ucapan pedas yang menjadi halwa telinga. Ini memang sudah keterlaluan!

Sama ada kita sedar atau tidak, situasi ini banyak berlaku dalam masyarakat. Baik yang kaya, yang sederhana, yang berpendidikan tinggi mahupun yang tidak bersekolah. Golongan sebegini memang menyakitkan hati!

Pernah dengar pantun ini, “Orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa”? Mesti ada sebab kenapa orang-orang tua zaman dahulu buat pantun ini kan?

Nak minta pertolongan dari orang, ada caranya. Kalau kita pandai mengambil hati, orang yang asalnya menolong dengan rasa tak ikhlas pun boleh jadi ikhlas. Tapi kalau kita tak pandai berbahasa, pertolongan yang asalnya ikhlas pun boleh jadi tak ikhlas. Apalah salahnya kalau kita minta pertolongan seseorang tu dengan berbudi bahasa dan bersopan, setelah selesai semuanya, sekurang-kurangnya kita ucapkan terima kasih dan berikan senyuman.

Cuba bayangkan situasi-situasi berikut:

Situasi 1:

Anda dengan sepenuh keikhlasan menumpangkan kawan anda yang nak pergi membeli-belah. Kebetulan anda pun mahu membeli-belah dan tiada teman. Setelah selesai urusan membeli-belah, usahkan nak berkongsi duit minyak, duit parking yang mahal (sebab tunggu dia shopping berjam-jam) pun kawan anda tu tak hulur. Apa anda rasa (walaupun anda sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa balasan)?

Situasi 2:

Kawan anda ada urusan di suatu tempat berhampiran rumah anda tetapi dia tidak biasa dengan tempat itu. Anda dengan sepenuh keikhlasan menumpangkan kawan anda itu. Setelah selesai urusan, kawan anda mengajak anda makan dan membelanja anda makan. Walhal anda tidak mengharapkan apa-apa balasan (sepenuh keikhlasan kan). Apa anda rasa?

Situasi 3:

Rakan sekerja anda meminta anda membelikan sesuatu untuknya, dia menghulurkan wang lebih dari harga sebenar barang itu lalu mengatakan yang dia mahukan resit harga barangan yang dia kirim dan berpesan siap-siap supaya anda memulangkan baki wangnya (“jangan keep the change pulak”‘ katanya). Apa anda rasa?

Jawapan-jawapan anda menunjukkan perbezaan reaksi terhadap orang yang berbudi bahasa dengan yang kurang berbudi bahasa. Apabila orang meminta pertolongan daripada kita dengan bahasa yang sopan, kemudiannya menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih atas usaha kita membantunya, sudah tentu kita merasa gembira, dan tidak kisah jika orang itu mahu meminta tolong lagi di masa hadapan. Tetapi jika sebaliknya, usahkan kita merasa gembira, rasa menyesal pula membantu orang yang tidak pandai berbahasa ini. Silap haribulan rasa serik pula. Dapat dilihat dengan jelas bagaimana budi bahasa seseorang berupaya mempengaruhi keikhlasan dalam hati pihak yang memberi pertolongan.

Dalam masa yang sama, kita juga perlu ingat, jika kita tidak suka orang melakukan perkara sedemikian pada kita, kita mesti terlebih dahulu tidak melakukannya kepada orang lain. Jika kita suka orang berbuat baik kepada kita, kitalah yang terlebih dahulu mesti memulakannya. What you give, is what you get back.

Suatu kata hikmat yang ingin saya kongsikan di sini, saya kurang pasti siapa yang mengucapkannya. Namun kata-kata itu memberi makna yang sungguh mendalam.

Ingat 2 lupakan 2;

Ingat kebaikan orang pada kita, lupakan kebaikan kita pada orang.

Ingat kejahatan kita pada orang, lupakan kejahatan orang pada kita.

Sekian, wassalam.

Cubaan menjadi ibu mithali 2

Bahagian 2

Tenang dan damai suasana sekarang ni, sebab anak-anak tengah tidur. Huu rilek je rasa. Kalau tak, mesti nak kelam kabut ke sana kemari.

Alhamdulillah, sejak 2,3 hari ni dah tak stres. Mungkin sebab akhirnya aku dah memahami rentak anak-anak sehari-hari, dan belajar untuk tidak melaluinya dengan tekanan. Nak mengimbang antara menguruskan aiman, irfan dan diri sendiri. Ni belum masuk bab menguruskan papanya lagi. Apatah lagi menguruskan rumah. Buat masa ni, tang mengurus rumah tu kena ‘surrender’ dulu atas faktor kesihatan. Lepas bersalin aritu belum dapat pergi mengurut lagi. Yela, seminggu lepas bersalin, balik ke Kota Bharu. Balik cepat-cepat sebab Humairaa’, adik bongsu aku, dah mula sekolah. Oleh kerana aku bersalin melalui pembedahan, memang sah-sah la kena tunggu luka sembuh dulu baru boleh mengurut kan. Paling cepat pun seminggu lepas pembedahan. Pastu bila balik dari Kelantan, makcik urut tu pulak balik kampung untuk raya haji. Sebulan! Lagipun baru lepas bersalin kan, memang tak boleh nak mengada-ngada rajin buat kerja-kerja berat. Sayangilah badan anda. Nak pakai lama kan. Syukurlah suamiku memahami, dia yang setelkan bahagian mengemas rumah. Fuhhh~

Ok balik ke cerita asal. Sejak irfan dah masuk 7 minggu setengah ni, dah pandai berkomunikasi. Tengok dia pun dah nampak makin cerdik. Setiap kali nak menyusu, dia akan pandang tepat ke mata aku dengan 2 biji mata dia yang bulat tu, dengan ekspresi penuh mengharap. Dia nak tengok senyuman mamanya dan dengar mama berceloteh dengan dia dulu. Selagi mama tak cakap apa-apa, selagi tu dia akan pandang dan tak mula menyusu. Subhanallah. Hati mama yang panas pun boleh cair dengan pandangan mulus si anak kecil.

Setiap hari pula, pagi mama diceriakan dengan senyuman pertama yang sangat manis dari irfan. Macam nak kata selamat pagi mama! Haih, sayang..sayang..memang sweet. Sekali sekala, mesti akan terimbas kenangan menjaga aiman masa kecil dulu. Aiman dulu pun sweet macam tu jugak. Kalau korang masih ingat, dalam entri sebelum ni ada cakap pasal nak letak papan tanda ‘BABY FOR SALE’ tu kan, sebenarnya bila dah habis pantang 60 hari tu, si bayi dah makin bijak dan makin mengerti tentang perjalanan alam sekeliling. Dia dah mula menyesuaikan diri dengan hidup di dunia. Kiranya ‘the tough period’ tu cuma lebih kurang 60 hari pertama je la. Sebab bayi tu pun baru nak berkenalan dengan dunia di luar rahim ibunya kan. Si ibu pulak baru nak berkenalan dengan bayi tu; macam mana perangainya, dan sebagainya. Jadi, bila kedua ibu dan anak dah saling memahami, mudah la sikit nak menguruskan hidup. Pada tahap ni, dah boleh la nak menikmati saat-saat manis ibu dan anak. Memang seronok! Waktu-waktu indah macam ni la yang si ibu akan sangat rindu bila anak-anak dah besar nanti.

Perlu diketahui jugak, the first three months lepas bersalin ni pun sesetengah orang kata, boleh anggap macam mengandung trimester keempat. Sebab waktu ni, bayi asyik nak didukung dan diriba je. Bila diletak, dia menangis. Kalau irfan kan, bila aku letak dia atas tilam ke, bouncer ke, mesti dia buat muka tak puas hati. Kalau mood dia baik, dia sekadar buat muka la. Kalau mood tengah tak baik, memang sah-sah melalak. Huhuhu.

Nak kongsi cerita, pasal irfan lagi, (banyak sangat nak cerita, ni baru pasal irfan, pasal aiman belum cerita lagi), hari tu aku ada baca dalam blog, tentang bagaimana ibu-ibu di barat ‘handle’ anak-anak baru lahir yang asyik nak didukung ni. Most of them akan guna baby sling. So, mudah la diorang nak buat kerja rumah ke apa ke. Dan baby diorang pun happy duduk dalam sling tu. Ada jugak yang guna carrier, tapi sling lagi selesa la. Sling ni kita boleh bayangkan ala-ala ibu-ibu yang bawak anak dia kat atas belakang sambil dia bercucuk tanam tu. Kan anak dia duduk dalam kain. Ha sling pun macam tu la cuma selalunya baby duduk kat depan. So aritu aku try la bawak irfan dalam carrier. Dia duduk sekejap je pastu tak happy, buat muka tak berapa redha. Tak selesa kot. Punya riuh dok komplen dan merengek-rengek, tiba-tiba dah terlelap dengan mulut ternganga. Haish anakku ni.

Alamak irfan dah bangun. Jumpa lagi! Ciao!

Cubaan menjadi ibu mithali

Bahagian 1

Senyap semacam je rumah. Agaknya Aiman tengah main sendiri kat ‘terrace’ kot. Terrace tu adalah satu ruang dalam rumah ni yang memang dikhaskan untuk kanak-kanak dalam rumah ni bermain. Ruang tu memang sejak aku budak-budak lagi dah ada. Aku pun sudahkan basuh pinggan, kemas meja lepas makan tengah hari ekspres, dan bawak mangkuk nestum gi kat Aiman. Lor, patutla senyap, dah tertidur rupanya. Aku pun letak mangkuk tu kat dapur and here i am, writing.

Lama sesangat dah tak menaip blog. Kononnya maternity leave la. Huhuhu. Sejak tengah sarat sampai irfan dah berusia 7 minggu. Busy la! Busy dengan cross-stitch.

20121029-164317.jpg

Sejak dah ber-anak dua ni, terasa dugaannya makin mencabar. Ingatkan dah ada pengalaman jaga Aiman sendiri dulu dah cukup, ingatkan Aiman dah besar senangla sikit nak uruskan adik Irfan. Turned out i was not exactly right, but not totally wrong! Alhamdulillah abang Aiman menunjukkan kematangan sejak dapat adik, dan alhamdulillah juga sebab Irfan pun bukan jenis baby yang banyak ragam. Lebih kurang macam Aiman masa baby jugak. Cuma Aiman lebih manja dan Irfan lebih independent. Alhamdulillah, cannot ask for more. Syukur dengan kurniaan Allah.

20121029-164258.jpg

20121029-164621.jpg

Mama dia pulak, sedang berusaha dengan amat sangat yang teramat paling untuk mengawal ‘temper’. Haih~ bukannya budak berdua tu banyak karenah, just that, diorang ni selalu serentak in a lot of things. Lapar serentak, beyak serentak, ngantuk serentak. Waaa tension!!! Mama ada dua tangan je! Dahla aku sorang je jaga dua budak ni. Time mama nak tidurkan adik, time tu jugak abang Aiman datang nak belajar pasal moon and earth dengan mama. Siap amik buku pasal planet kat rak dia tu. Well, mama pun hairan macam mana Aiman boleh amik the right book without reading the title. Mama rasa Aiman recognize buku tu based on warna. Hmm clever boy. Itu menunjukkan yang Aiman suka menuntut ilmu. Alhamdulillah termakbul doa mama.

Tu belum cerita part yang berlaku khamis lepas. Dua-dua asyik merengek dan menangis sepanjang hari! By the end of the day aku dah jadi zombie. Takde perasaan dan tak boleh fikir ape dah. Tepu kepala hotak aku ni. I seriously can’t imagine orang keje jaga budak. Well, akula tu. Tapi jaga anak orang dgn jaga anak sendiri mana sama. Anak sendiri terpaksa dijaga, hahaha. Anak orang lain kalau tak nak jaga, bagi balik je kat mak bapak dia. Ada jugak aku fikir, nak hantar dua orang ni duduk nursery, biar aku gi kerja. Tak payah dengar diorang menangis dah. Takpun, biar suami aku duduk rumah, biar aku yang ganti dia gi opis. Haih cobaan~

Aku berdoa dengan sepenuh hati semoga Allah kurniakan ketabahan dan kesabaran pada aku, untuk kutempuhi hari-hari mendatang untuk membesarkan dan mendidik bakal-bakal mujahid ni. Amin~

Mungkin satu hari nanti bila aku dah tua, anak-anak dah besar, aku akan look back pastu geleng kepala. Tak nak dah lalui hari ini untuk kali kedua. Huhuhu. For sure, i will start missing my little babies. Masa kecik-kecik dulu senang je nak peluk. Tak nak peluk pun terpaksa peluk. Hahaha. Bila dah besar, semua dah berdikari, dah dapat kaki sendiri, dah pandai urus diri sendiri. Entah ingat ke tidak kat mama dan papa ni.

Harapan mama cuma satu, semoga jadi hamba-hamba Allah yang soleh, yang hidup dan mati hanya untuk Allah. Amin~

Bagaimana Menangani Masalah Remaja ‘Pramatang’ yg Tak Sabar Nak Kawen

Bagaimana dengan buah hati saya? – sebuah cerpen

Saya adalah anak lelaki yang bongsu. Masih belajar pada tahun kedua di universiti. Saya juga adalah lelaki yang sudah punyai kekasih hati yang cantik, pintar dan menjaga diri. Saya tahu, umur saya masih muda, tetapi saya juga tahu cinta saya itu perlu segera dicepatkan dengan bernikah.

Kepada ibu sudah saya beritahu tentang hasrat hati mahu bernikah muda, dan dia cuma berkata, “Tanyalah ayah kamu.” Lalu yakin saya bertambah, kerana menganggap itulah restu ibu. Namun pada ketika saya memaklumkan hasrat hati kepada ayah, terjadi sesuatu yang membuatkan saya resah.

Sofa putih. 

Mahu menikah dengan siapa, ayah tidak pernah kisah dan dia yang pada ketika itu duduk di sofa putih memberitahu dengan ayat yang mudah, “Saya yakin dengan kamu. Kamu anak yang baik dan pasti punyai pilihan yang baik.”

Namun pada ketika persoalannya adalah, mahu menikah bila, ayah menjadi sebaliknya. Katanya mula memeningkan, “Ada sebabnya Tuhan menjadikan manusia itu secara bertahap. Terlentang, merangkak, bertatih dan barulah berlari dan kemudiannya ia akan kembali berjalan, bertatih, merangkak dan akhirnya terlentang mati. Itu yang cuma nampak pada fizikal, tetapi hati juga bertahap. Ia juga merangkak, bertatih, berjalan, berlari dan kemudiannya kembali berjalan, bertatih, merangkak dan akhirnya diam mati. Itu semua menyangkut hal keutamaan. Mana yang perlu didahulukan dan mana yang tidak. Jadi, hal nikah itu bukan sahaja kamu perlu sesuaikan dengan tahap fizikal kamu, tetapi perlu sesuaikan dengan tahap hati kamu.”

Saya menjadi tidak setuju. Segala hujah segara saya keluarkan. Hujah nikah khitbah, hujah orang zaman dahulu bernikah pada umur belasan, hujah bagi membendung maksiat, dan pelbagai lagi hujah lain. Saya menjadi berani. Semuanya kerana cinta saya kepada perempuan itu menyala-nyala dan pasti setiap halangan akan tetap saya tempuhi.

Lalu ayah hanya tersenyum. Katanya, “Anakku, itu semua betul tetapi ia cuma betul pada ketika tarikhnya juga betul. Tarikh di sini adalah persediaan hati kamu. Saya ini, ayah kamu dan saya tahu kamu belum bersedia.”

“Saya sudah bersedia. Saya sudah mengaturkan segalanya. Saya akan nikah khitbah dahulu, saya akan berusaha menghabiskan pelajaran di samping bekerja sambilan. Tidak lama, cuma tiga tahun dan selepas itu semuanya akan kembali mudah. Namun paling utama, hati anakmu ini tenang, dan terjauh daripada dosa besar.” Itu hujah saya, hujah yang saya sudah sediakan tiga hari sebelum dengan membaca banyak sekali fakta berkenaan nikah muda.

Ayah tetap juga tersenyum dan berkata, “Anakku, sekiranya niat kamu bernikah mahu mengelakkan maksiat, ketahuilah, kamu mempunyai peluang bagi terjebak dengan cinta lain dengan perempuan lain atas dasar nafsu. Lalu apa selepas itu? Kamu akan nikah lagi dan bagaimana dengan isterimu? Sekiranya isterimu setuju, alhamdulillah tetapi berapa ramai perempuan begitu di dunia ini? Pasti tetap cemburu, hubungan menjadi dingin, lalu bagaimana dengan anak-anak kamu? Bagaimana dengan keluarga kamu?”

Persoalan yang ayah lontarkan itu membuat saya semakin tidak senang.

“Ayah, saya hormati penerangan ayah. Tetapi bagaimana dengan hati kami? Pasti ayah juga tahu, cinta dan rindu itu ubatnya hanyalah nikah. Apa yang perlu saya buat? Ayah mahu melihat saya menderita kerana cinta?” rayu saya.

“Seperti yang ayah sudah beritahu, kamu anak yang baik dan pasti boleh lebih baik daripada sekadar itu. Menderita kerana cinta? Itu memang pasti berlaku, tetapi bukan kepada engkau, anakku. Ayah tahu kamu boleh menderita yang lebih perlu daripada sekadar menderita kerana cinta. Menderita kerana takut kepada dosa, menderita kerana berbuat dosa, menderita melihat kesusahan orang lain dan seumpamanya.”

Pantas saya menjawab saya menderita kerana saya takut terjerumus pada dosa besar. Saya menderita kerana takut jatuh ke dalam fitnah.

Kali ini senyuman ayah tidak nampak lagi, dan saya yakin saya sudah memenangi hatinya. Namun tetap juga saya tahu, ayah tetap mahu berkata sesuatu.

“Anakku, jelas hati kamu belum bersedia. Saya ini ayah kamu, tetapi kamu sendiri belum mampu meyakinkan ayah berkenaan rancangan nikah kamu selain hujah kamu takut dosa. Nikah itu bukan sekadar kamu takutkan dosa. Sekiranya kamu benar-benar takutkan dosa, solat sunat kamu akan bertambah, bukannya dengan memilih jalan pintas iaitu nikah. Jelas sekali, kamu menikah kerana hanya mahu memuaskan nafsu kamu. Selepas itu apa? Bagaimana dengan psikologi kamu? Adakah kamu sudah bersedia menjadi suami? Adakah buah hati kamu sudah bersedia menjadi isteri? Lalu bagaimana dengan keluarga si perempuan itu? Adakah dia yakin kepada kamu yang masih berada dalam tanggungan ayah?”

Soalan-soalan ayah itu membuatkan hati saya semakin dijerut. Ayah sepertinya tidak tahu maksud sebenar saya. Kami sepertinya berbual bukan pada landasan yang sama lalu tidak mungkin akan bertemu. Saya berbicara berkenaan nikah atas mahu menghalalkan hubungan tetapi dia, hanya melihat pada kemampuan ekonomi saya. Sesuatu yang lebih ringan berbanding dosa besar tadi.

“Sekiranya ayah tetap tidak setuju, saya tetap akan teruskan juga. Lagi pula saya sudah menanggung dosa saya sendiri. Sekiranya saya terjebak dalam dosa, saya juga yang neraka. Jadi saya nekad.” Itulah jawapan saya. Jawapan yang bukan mahu kurang ajar tetapi mahu memberitahu, saya tahu dengan apa yang saya buat dan saya tegas dalam perkara itu.

Ayah tidak berlengah memberi hujah.

“Tidak salah sekiranya kamu bernikah semasa kamu masih belajar dan kamu masih belum bekerja. Yang salah adalah diri kamu belum bersedia. Itulah maksud ayah, iaitu kamu perlu sesuaikan aktiviti kamu dengan keadaan hati kamu mengikut keutamaan. Kamu tidak boleh terus berlari sekiranya kamu masih bertatih. Sekarang ini, kamu masih bertatih dalam ilmu keluarga, dan kamu terus mahu berlari bagi bernikah. Itu tidak betul kerana tidak mengikut keutamaan. Hati kamu sekarang, adalah hati yang hanya mahu seronok-seronok, mahu yang nampak ‘sweet’, tetapi belum bersedia dengan yang namanya tanggungjawab.”

“Itu ayah jangan risaukan. Saya ini cepat belajar, dan saya tetap mahu bernikah!” Saya semakin tegas, dengan nada yang juga tegas.

Ayah pula segera memegang tangan saya.

“Itulah yang ayah maksudkan. Kamu ini anak lelaki kami. Sekiranya kamu bernikah dan menjadi suami, kamu tetap tertakluk pada kata-kata seorang ibu. Kamu tetap wajib mengikut kata ibu, dan kamu tetap wajib membela kami. Tetapi lihatlah diri kamu sekarang, hanya kerana cinta sahaja kamu sudah berani melawan ayah. Tidakkah kamu tahu hukum anak derhaka? Ayah bertanyakan persoalan-persoalan itu bukan mahu menguji pengetahuan kamu, tetapi mahu menguji hati kamu. Lalu lihatlah, belum apa-apa kamu tanpa sedar sudah mahu berkeras suara dengan ayah. Ayah tahu, sekolah ayah tidak tinggi, ilmu agama ayah kurang tetapi saya tetap ayah kamu, yang tahu siapa kamu. Namun sekiranya kamu tetap mahu bernikah, ayah benarkan kerana ayah tidak mahu kamu menjadi anak derhaka, ayah mahu kamu membina pernikahan yang mendapat restu. Namun ayah mohon, sekiranya kamu bersabar untuk beberapa tahun lagi, ayah dan ibu pasti lebih gembira.”

Kata-kata ayah itu menyentak hati saya. Cepat-cepat saya beristighfar kerana tanpa sedar saya sudah hampir menentang ayah sendiri.

“Tetapi bagaimana dengan perempuan itu? Sanggupkah dia menunggu?” soal saya dengan nada yang gusar.

Ayah kembali tersenyum.

“Anakku, sekiranya kamu bernikah kerana takutkan maksiat, ayah takut kamu belum bersedia. Tetapi apabila kamu bernikah kerana mahu mendapatkan redha Allah dengan menjauhi maksiat, itu yang sebaik-baiknya. Tadi, ayah tidak sekalipun mendengar hujah kamu mahu mendapatkan redha Allah. Yang lebih menakutkan ayah, subuh kamu pun masih dikejutkan ibu, pakaian kamu masih dibasuh oleh ibu, dan pelajaran kamu pun masih kamu malas-malaskan. Hairannya, nikah pula yang kau rajinkan. Sekiranya sahajalah, kamu ini rajin serba-serbi, tidak ada masalah untuk ayah lepaskan kamu kerana kamu tahu keutamaan kamu.”

“Selepas nikah saya akan menjadi rajin. Saya akan bertambah dan lebih tanggungjawab kerana saya sedar saya sudah menjadi ketua keluarga,” pujuk saya lagi.

“Kamu masih menjadi ‘anak yang ditanggung’, belum lagi menjadi ‘anak lelaki’. Besar bezanya anak yang ditanggung dengan anak lelaki. ‘Anak yang ditanggung’ bukan bermakna ditanggung belanjanya tetapi bermaksud ‘tanggungjawab’ kamu pun ayah dan ibu yang perlu tentukan dan susun. Itulah yang ayah maksudkan kamu belum bersedia. Kamu belum mampu berdikari daripada segi menyusun keutamaan tanggungjawab. Anak lelaki pula walaupun masih belajar dan ditanggung oleh ibu bapanya, mereka lebih tahu keutamaan tanggungjawab mereka. Tahu mana yang perlu diutamakan dan mana tidak. Sekiranya kamu sudah menjadi anak lelaki, barulah kamu mampu menjadi suami yang baik. Dan menjadi anak lelaki dimulakan dengan menjadi anak yang baik, anak yang mendengar kata dan berani ditegur.”

“Tetap bagaimana dengan perempuan itu?” saya masih keliru.

“Sekiranya kamu mahu bertunang dahulu, ayah tidak ada masalah. Namun sekiranya perempuan itu tidak mahu, bermakna dia bukanlah perempuan yang baik untuk kamu, mungkin dia lebih baik untuk orang lain. Yang pasti, dia juga jelas belum bersedia menjadi isteri kepada lelaki seperti kamu. Dia perlukan lelaki yang lebih tabah dan baik daripada kamu kerana buat masa ini, kamu belum bersedia lagi. Jadi, susun dahulu keutamaan kamu, dan sekiranya kamu sudah menjadi ‘anak lelaki’, bulan hadapan pun kamu boleh bernikah. Tetapi menjadi anak lelaki itu bukan kerja sebulan dua. Ia kerja bertahun-tahun.”

Ayah mengakhiri hujahnya dengan senyuman, dan senyuman itu membuatkan saya pedih hati, namun tetap sahaja saya gembira kerana setidak-tidaknya saya tahu, ayah tidak pernah lepas tangan bagi melihat kebahagiaan saya. Tetapi tetap sahaja saya resah. Bagaimana dengan buah hati saya?Aduh….

 

Sumber asal:

Blog: Keindahan itu dingin
Post: Bagaimana dengan buah hati saya? – sebuah cerpen
Link: http://dingin.blogspot.com/2012/05/pada-ketika-mahu-bernikah-sebuah-cerpen.html