Cubaan Menjadi Ibu Mithali 3

Dah macam drama pulak ada bahagian 3. Tapi, dah memang jawatan IBU ni, episod demi episod akan dilalui dalam membesarkan anak. Anak aku baru dua orang. Kalau dah 12 orang nanti, tak tahu la episod jenis macam mana pulak timbul.

Alkisahnya, pasal Abang Aiman lagi la ni. Ye la, Irfan tak banyak kerenah. Jadi cerita Abang Aiman je la yang asyik masuk dalam blog ni. Nak jadi cerita, Abang Aiman ni ada satu tabiat. Kalau dia tidur petang, bila dia bangun mesti dia menangis. Tak tahu la kenapa. Mimpi buruk ke? Mimpi hantu ke? Nak kata kena marah sebelum tidur pun, tak ada la pulak. Habis tu kenapa mesti menangis bila bangun dari tidur? Menghairankan!

Bila pujuk, tak jalan. Bila biar, makin menjadi-jadi pulak menangis. Ish macam makin mengada-ngada ni. Akhirnya dah serabut dengar dia menangis, naik la suara aku ni suruh dia diam. Aku ni sebolehnya tak nak la marah-marah anak. Ye la, mana ada orang yang suka kena marah. Lagi-lagi anak kecil. Tapi tak larat dah nak dengar dia menangis.

Sekurang-kurangnya, lepas kelahiran Irfan, aku rasa tahap temper aku dah makin turun. Kalau dulu, pantang Aiman menangis mesti aku rasa stres. Silap haribulan kena marah terus. Tapi lepas Irfan lahir, dah tak ada rasa nak marah. Mungkin sebab setiap hari (semenjak aku jaga budak dua orang ni), aku sengaja kosongkan (lapangkan) kepala otak aku ni supaya aku tak mudah berserabut, supaya aku dapat handle dua orang budak ni tanpa stres. Dah jadi macam satu terapi pulak.

Sebabnya mudah, cuba bayangkan aku duduk rumah bertiga je dengan Aiman dan Irfan. Yang sorang nak susu, waktu tu jugak la yang sorang lagi mintak nak Milo. Dua-dua dah lapar tak sabar dah. Dalam keadaan kelam-kabut macam tu, confirm by noon aku dah hangin satu badan, kepala otak tepu, dan semestinya lagi mudah naik angin. Bila aku mudah naik angin, mula nak tengking-tengking budak, diorang menangis. Bila diorang menangis, aku lagi semak. Bila aku semak otak, aku nak marah lagi dan diorang pun menangis lagi. And the process goes on and on tanpa penghujung. Tak membawa faedah dan kebaikan kepada mana-mana pihak kan? So nak memudahkan kerja aku and keep my sanity intact, ini yang aku buat. Lepas suami aku pergi kerja, aku buat apa aku nak buat. ‘ME’ time! Tidur ke, membaca ke, surfing ke. Yang penting kepala otak aku lapang. So, the moment ‘clients’ aku bangun, aku dedicate seluruh minda aku kepada mereka dan tidak dilupakan juga untuk mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada mereka. Make sure the kids are happy. Happy kids make the mummy happy, you know. Sebab happy kids tak banyak kerenah, dan tak buat kerenah. Oleh yang demikian, tugas aku menjadi lebih mudah, sampai la ke waktu Papa mereka pulang dari ofis.

Irfan the happy baby.. sepagi dimanjakan oleh Mama.. 😀

Tugas jaga budak ni bukan mudah. Lebih-lebih lagi kalau dah lebih dari sorang. Tang mengemas rumah tu memang buat setakat sempat je la. Memasak pun setakat sempat je. Walaupun budak-budak is just budak-budak, most of the time mereka perlukan kita untuk tend to their needs. Nak makan, minum, mandi, semua masih perlu bantuan. By the end of the day dah penat. Adakalanya bila Irfan asyik nak tidur je, baru la rasa boleh bernafas panjang sikit. Hmm, sekian la cerita seorang Mama. Huhuhu~

Family Photo-boothing.. Rugi Irfan tidur 😀

 

Cubaan menjadi ibu mithali 2

Bahagian 2

Tenang dan damai suasana sekarang ni, sebab anak-anak tengah tidur. Huu rilek je rasa. Kalau tak, mesti nak kelam kabut ke sana kemari.

Alhamdulillah, sejak 2,3 hari ni dah tak stres. Mungkin sebab akhirnya aku dah memahami rentak anak-anak sehari-hari, dan belajar untuk tidak melaluinya dengan tekanan. Nak mengimbang antara menguruskan aiman, irfan dan diri sendiri. Ni belum masuk bab menguruskan papanya lagi. Apatah lagi menguruskan rumah. Buat masa ni, tang mengurus rumah tu kena ‘surrender’ dulu atas faktor kesihatan. Lepas bersalin aritu belum dapat pergi mengurut lagi. Yela, seminggu lepas bersalin, balik ke Kota Bharu. Balik cepat-cepat sebab Humairaa’, adik bongsu aku, dah mula sekolah. Oleh kerana aku bersalin melalui pembedahan, memang sah-sah la kena tunggu luka sembuh dulu baru boleh mengurut kan. Paling cepat pun seminggu lepas pembedahan. Pastu bila balik dari Kelantan, makcik urut tu pulak balik kampung untuk raya haji. Sebulan! Lagipun baru lepas bersalin kan, memang tak boleh nak mengada-ngada rajin buat kerja-kerja berat. Sayangilah badan anda. Nak pakai lama kan. Syukurlah suamiku memahami, dia yang setelkan bahagian mengemas rumah. Fuhhh~

Ok balik ke cerita asal. Sejak irfan dah masuk 7 minggu setengah ni, dah pandai berkomunikasi. Tengok dia pun dah nampak makin cerdik. Setiap kali nak menyusu, dia akan pandang tepat ke mata aku dengan 2 biji mata dia yang bulat tu, dengan ekspresi penuh mengharap. Dia nak tengok senyuman mamanya dan dengar mama berceloteh dengan dia dulu. Selagi mama tak cakap apa-apa, selagi tu dia akan pandang dan tak mula menyusu. Subhanallah. Hati mama yang panas pun boleh cair dengan pandangan mulus si anak kecil.

Setiap hari pula, pagi mama diceriakan dengan senyuman pertama yang sangat manis dari irfan. Macam nak kata selamat pagi mama! Haih, sayang..sayang..memang sweet. Sekali sekala, mesti akan terimbas kenangan menjaga aiman masa kecil dulu. Aiman dulu pun sweet macam tu jugak. Kalau korang masih ingat, dalam entri sebelum ni ada cakap pasal nak letak papan tanda ‘BABY FOR SALE’ tu kan, sebenarnya bila dah habis pantang 60 hari tu, si bayi dah makin bijak dan makin mengerti tentang perjalanan alam sekeliling. Dia dah mula menyesuaikan diri dengan hidup di dunia. Kiranya ‘the tough period’ tu cuma lebih kurang 60 hari pertama je la. Sebab bayi tu pun baru nak berkenalan dengan dunia di luar rahim ibunya kan. Si ibu pulak baru nak berkenalan dengan bayi tu; macam mana perangainya, dan sebagainya. Jadi, bila kedua ibu dan anak dah saling memahami, mudah la sikit nak menguruskan hidup. Pada tahap ni, dah boleh la nak menikmati saat-saat manis ibu dan anak. Memang seronok! Waktu-waktu indah macam ni la yang si ibu akan sangat rindu bila anak-anak dah besar nanti.

Perlu diketahui jugak, the first three months lepas bersalin ni pun sesetengah orang kata, boleh anggap macam mengandung trimester keempat. Sebab waktu ni, bayi asyik nak didukung dan diriba je. Bila diletak, dia menangis. Kalau irfan kan, bila aku letak dia atas tilam ke, bouncer ke, mesti dia buat muka tak puas hati. Kalau mood dia baik, dia sekadar buat muka la. Kalau mood tengah tak baik, memang sah-sah melalak. Huhuhu.

Nak kongsi cerita, pasal irfan lagi, (banyak sangat nak cerita, ni baru pasal irfan, pasal aiman belum cerita lagi), hari tu aku ada baca dalam blog, tentang bagaimana ibu-ibu di barat ‘handle’ anak-anak baru lahir yang asyik nak didukung ni. Most of them akan guna baby sling. So, mudah la diorang nak buat kerja rumah ke apa ke. Dan baby diorang pun happy duduk dalam sling tu. Ada jugak yang guna carrier, tapi sling lagi selesa la. Sling ni kita boleh bayangkan ala-ala ibu-ibu yang bawak anak dia kat atas belakang sambil dia bercucuk tanam tu. Kan anak dia duduk dalam kain. Ha sling pun macam tu la cuma selalunya baby duduk kat depan. So aritu aku try la bawak irfan dalam carrier. Dia duduk sekejap je pastu tak happy, buat muka tak berapa redha. Tak selesa kot. Punya riuh dok komplen dan merengek-rengek, tiba-tiba dah terlelap dengan mulut ternganga. Haish anakku ni.

Alamak irfan dah bangun. Jumpa lagi! Ciao!

Cubaan menjadi ibu mithali

Bahagian 1

Senyap semacam je rumah. Agaknya Aiman tengah main sendiri kat ‘terrace’ kot. Terrace tu adalah satu ruang dalam rumah ni yang memang dikhaskan untuk kanak-kanak dalam rumah ni bermain. Ruang tu memang sejak aku budak-budak lagi dah ada. Aku pun sudahkan basuh pinggan, kemas meja lepas makan tengah hari ekspres, dan bawak mangkuk nestum gi kat Aiman. Lor, patutla senyap, dah tertidur rupanya. Aku pun letak mangkuk tu kat dapur and here i am, writing.

Lama sesangat dah tak menaip blog. Kononnya maternity leave la. Huhuhu. Sejak tengah sarat sampai irfan dah berusia 7 minggu. Busy la! Busy dengan cross-stitch.

20121029-164317.jpg

Sejak dah ber-anak dua ni, terasa dugaannya makin mencabar. Ingatkan dah ada pengalaman jaga Aiman sendiri dulu dah cukup, ingatkan Aiman dah besar senangla sikit nak uruskan adik Irfan. Turned out i was not exactly right, but not totally wrong! Alhamdulillah abang Aiman menunjukkan kematangan sejak dapat adik, dan alhamdulillah juga sebab Irfan pun bukan jenis baby yang banyak ragam. Lebih kurang macam Aiman masa baby jugak. Cuma Aiman lebih manja dan Irfan lebih independent. Alhamdulillah, cannot ask for more. Syukur dengan kurniaan Allah.

20121029-164258.jpg

20121029-164621.jpg

Mama dia pulak, sedang berusaha dengan amat sangat yang teramat paling untuk mengawal ‘temper’. Haih~ bukannya budak berdua tu banyak karenah, just that, diorang ni selalu serentak in a lot of things. Lapar serentak, beyak serentak, ngantuk serentak. Waaa tension!!! Mama ada dua tangan je! Dahla aku sorang je jaga dua budak ni. Time mama nak tidurkan adik, time tu jugak abang Aiman datang nak belajar pasal moon and earth dengan mama. Siap amik buku pasal planet kat rak dia tu. Well, mama pun hairan macam mana Aiman boleh amik the right book without reading the title. Mama rasa Aiman recognize buku tu based on warna. Hmm clever boy. Itu menunjukkan yang Aiman suka menuntut ilmu. Alhamdulillah termakbul doa mama.

Tu belum cerita part yang berlaku khamis lepas. Dua-dua asyik merengek dan menangis sepanjang hari! By the end of the day aku dah jadi zombie. Takde perasaan dan tak boleh fikir ape dah. Tepu kepala hotak aku ni. I seriously can’t imagine orang keje jaga budak. Well, akula tu. Tapi jaga anak orang dgn jaga anak sendiri mana sama. Anak sendiri terpaksa dijaga, hahaha. Anak orang lain kalau tak nak jaga, bagi balik je kat mak bapak dia. Ada jugak aku fikir, nak hantar dua orang ni duduk nursery, biar aku gi kerja. Tak payah dengar diorang menangis dah. Takpun, biar suami aku duduk rumah, biar aku yang ganti dia gi opis. Haih cobaan~

Aku berdoa dengan sepenuh hati semoga Allah kurniakan ketabahan dan kesabaran pada aku, untuk kutempuhi hari-hari mendatang untuk membesarkan dan mendidik bakal-bakal mujahid ni. Amin~

Mungkin satu hari nanti bila aku dah tua, anak-anak dah besar, aku akan look back pastu geleng kepala. Tak nak dah lalui hari ini untuk kali kedua. Huhuhu. For sure, i will start missing my little babies. Masa kecik-kecik dulu senang je nak peluk. Tak nak peluk pun terpaksa peluk. Hahaha. Bila dah besar, semua dah berdikari, dah dapat kaki sendiri, dah pandai urus diri sendiri. Entah ingat ke tidak kat mama dan papa ni.

Harapan mama cuma satu, semoga jadi hamba-hamba Allah yang soleh, yang hidup dan mati hanya untuk Allah. Amin~