Oh Aku Suka Dia~!

Beberapa hari yang lalu, adik aku Mustaqim yang kini belajar di Mesir telah menge’tweet

“kalau suka dia, tak perlu luah, just doa kepada Allah”.

Aku pun reply,

“luah adalah satu bentuk usaha..necessary unless you plan to directly approach the father..kalau tak luah dia tak tahu, kalau dia tak tahu macam mana dia nak terima”.

Sejam kemudian, dia retweet tweet aku tadi. Huhu laju je ek!

Apa pendapat korang, betul tak yang aku cakap? Atau korang sokong adik aku? Well, secara logik la kan, kalau memang betul-betul suka girl tu, bagitau je la. Takde hal~

Kalau bagitau, baru la boleh tahu sama ada dia suka jugak atau tak. Mana la tau, ada rezeki kau. Kalau dia reject pun, bukan kau rugi apa-apa. Cari je stok baru! Tapi kalau tak bagitau, sampai ke sudah la dok memendam sorang-sorang. Silap ari bulan, melepassss~!

Memang la jodoh tu di tangan Tuhan, tapi kan Tuhan suruh usaha. Usaha tu maknanya cari, kalau single lagi, lamar. Tuhan tak kata, jodoh tu di tangan aku so kau duduk je diam-diam kat rumah tunggu je. Betul tak?

Ha pastu, aku tak kata pulak yang kau sendiri yang kena luahkan. Aku just suruh kau luah. Selebihnya kau la kena pandai-pandai luah dengan cara yang beradab dan mengikut saluran yang betul 😛 Cakap terus kat bapak dia ke, abang dia ke, atau pakai orang tengah.

Orang tengah pun jangan la sebarang orang. Takat suruh kawan-kawan kau tolong sampaikan hasrat tu, tak payah la.

Lantik la orang yang lebih tua dan dihormati untuk jadi orang tengah. Kalau rakan sebaya yang dah kahwin, boleh. Kalau member-member sebujang dengan kau, baik tak payah la.

Kenapa member sebujang tak boleh? Bukan tak boleh, cuma tak sesuai. Diorang pun terumbang-ambing lagi. Lagipun suruh kawan yang masih single jadi orang tengah ni boleh timbulkan lagi banyak fitnah dari kebaikan. Consultation free yang diorang bagi pun belum tentu boleh pakai.

Kalau kau pentingkan adab dan tatasusila yang dianjurkan agama, ha macam tu la caranya.

Advertisements

19 thoughts on “Oh Aku Suka Dia~!

  1. Salam. Setuju! Meluahkan perasaan mengikut cara yg betul, apalah salahnya. Tetapi, jika tak pasti Istikharah la…;) all the best!

  2. betul…sokong sangat…kalau suka, luahkan…kalau xluah mcm mana si dia nk tahu…
    situasi ni pernah berlaku kat org terdekat dgn k.noen…suka tp xluahkan, sekali si gadis kawen dgn org yg berani luah dulu…dah kawen baru si gadis tau yg si jejaka itu suka kat dia..in fact pada mula2 pun si gadis tu suka jugak kat dia, tp sudah terlambat…cinta si gadis telah beralih arah kepada si suami…

    betul, jodoh di tangan Allah, tapi Allah juga suruh kita usaha, doa & tawakkal 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s