CPD, OP dan Kelahiran Cesarean.. Perlukah?

Here comes my story, pengalaman bersalin cesarean (again! huh!). Bukanlah suatu pengalaman yang manis. Posting ni bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan mana-mana bakal ibu yang membaca posting ini, tapi lebih kepada mengajak kita untuk sama-sama berfikir; adakah kita benar-benar memerlukan pembedahan itu?

Proses kelahiran diciptakan Allah cukup sempurna. Benih bapa bercantum dengan benih ibu di dalam rahim ibu, kemudian janin yang terbentuk menempel ke dinding rahim, hidup dengan apa saja zat yang ibunya boleh bekalkan dan membesar di situ sehinggalah cukup tempoh 9 bulan 10 hari. Sebesar mana pun bayi itu membesar, kita tak pernah pulak dengar ibu yang perutnya meletup sebab bayi besar sangat, kerana kulit perut ibu itu sudah dicipta fleksibel dan mampu menampung sebesar dan seramai mana bayi dalam kandungannya. Begitulah jua proses kelahiran. Siti Maryam alaihassalam mampu melahirkan anaknya seorang diri tanpa dibantu sesiapa, semata-mata bergantung harap kepada Allah.

Percaya tak, andainya kita (ibu-ibu yang pernah csar) ditinggalkan seorang diri di dalam hutan, kita sebenarnya mampu melahirkan anak itu secara normal?

Pernah tak fikir, kalau lah csar tu mudah dan tak menyakitkan, kenapa perasaan selepas pembedahan itu adalah sangat traumatik?

Saya tak tahu apa yang ibu-ibu lain fikirkan, tapi yang saya tahu, saya tak pernah berasa tenteram selepas melaluinya sewaktu melahirkan Aiman. Perasaan itu masih kekal dalam diri saya selepas kelahiran Irfan. Trauma, sedih, risau, semuanya ada. Trauma kerana walaupun pembedahan itu tidak menyakitkan (kesan bius), proses pemulihan selepas pembedahan adalah sangat panjang dan menyakitkan. Sedih kerana setiap kali saya beritahu orang yang menziarah bahawa anak saya lahir secara pembedahan, mereka akan menunjukkan wajah terkejut, atau wajah simpati pada saya. Seolah mengatakan ‘kasihannya awak kerana tak dapat bersalin normal macam kami’. Sedih juga kerana ada juga orang yang sampai hati menyebut bahawa saya tidak pernah merasai kesakitan sebenar bersalin. Ya, memang saya tidak pernah merasai kesakitan sebenar proses bersalin kerana doktor saya yang kelihatan bijak tetapi sebenarnya seorang robot itu telah membedah saya sebelum saya sempat merasai sebarang kontraksi pun. Tetapi orang itu juga tidak pernah merasai sakitnya melalui suatu pembedahan besar! Saya juga sering risau, kerana cakap-cakap orang yang mengatakan orang yang dah dua kali csar akan dihadkan untuk mempunyai 4 atau 5 anak sahaja untuk mengelakkan komplikasi rahim terkoyak (uterine rupture), dan orang yang dah 2 kali csar juga tidak dibenarkan bersalin normal untuk mengelakkan komplikasi yang sama. Saya juga selalu berasa seolah-olah hilang keyakinan, seolah-olah saya cacat, sebab tak mampu melahirkan anak secara normal. Sejujurnya, saya tertekan.

Kemudian pada suatu hari, saya terjumpa satu group dalam Facebook yang bernama ICAN Malaysia/VBAC Support yang support and promote natural birth. Barulah saya tahu, situasi yang saya hadapi adalah sebenarnya suatu mitos ciptaan dunia perubatan. Dunia perubatan ini dipenuhi oleh manusia-manusia yang kelihatan bijak, tapi tamak untuk meraih keuntungan. Kalau tidak, takkan la Aiman tercekik tulang ikan kembung (je pun!) kena masuk operation theatre. Lepas keluar OT, doktor kata tak jumpa. Bodoh! Memang la tak jumpa sebab tulang ikan boleh masuk sendiri dalam perut. Kalau tulang ikan terubuk tu logik la jugak. Masa discaj, bil hospital RM5k. Nasib baik insurans nak cover. Huh! Aiman la ni, nangis-nangis sampai Papa Mama gelabah!

Kesian Aiman tak pasal-pasal masuk wad..sikit punya miserable~ 😦

So dalam kes saya ni, meh saya ceritakan apa yang menyebabkan saya kena csar. Doktor kata bayi saya besar. Masa scan dekat-dekat nak bersalin tu, mesin scan tu cakap bayi saya 3.5kg. Besar ke tu? Tengok la family besar mana. Papanya, atuknya pun tinggi dan tegap. Saya sendiri pun lahir 3.4kg. Pastu masa dah masuk labor room, doktor buat vaginal examination (VE), ala yang seluk dalam kain tu la. Doktor cakap anak saya ni OP. Dalam labor room, tengah nervous, ada masa ke nak google OP tu apa? Pastu doktor cakap awak ni CPD, baby besar sangat, pelvis awak kecil, sebab tu tak boleh normal, kena csar ni. Saya tanya kalau normal macam mana? Doktor kata nanti sangkut bahu lagi susah. Wahahaha bila diingat balik saya geram rasa nak penyek-penyek doktor tu. Bulat-bulat dia kelentong saya macam saya ni orang kampung tak sekolah. Mentang-mentang la saya tak belajar medic!

Dua bulan selepas saya bersalin, ada seorang ahli dalam group yang saya join tu berjaya bersalin secara normal walaupun dia menghadapi masalah yang serupa dengan saya. She was in labor for 5 days! Saya cuma sempat 3 hari je sakit nak bersalin. Dia sakit 5 hari. Beza antara kami adalah doktor beliau sangat supportive dan sanggup menunggu proses kelahiran itu berlaku secara semulajadi. She was very happy! Setelah membaca ceritanya, saya bertambah pasti yang saya juga sebenarnya mampu bersalin secara normal. Saya cuma perlukan doktor/bidan/doula* lain yang lebih supportive.

Kerana kekecewaan itu, saya mula lebih rajin melayari internet dan mencari maklumat tentang masalah yang saya hadapi. Website ni menerangkan dengan panjang lebar segalanya yang saya nak tahu.

Sekarang, saya sedang mencari lebih pengetahuan tentang masalah saya ni. Lepas ni kalau memang kena csar lagi pun, sekurang-kurangnya I am better informed. Saya juga sedang merancang untuk menghadiri kursus hypnobirthing dengan harapan agar saya mampu bersalin normal selepas ini. Doakan saya~

Pautan lain:

Pelvises I Have Known and Loved by Gloria Lemay

*A doula (pronounced “doó la”, also known as a labour coach …) is a nonmedical person who assists a woman before, during, or after childbirth, as well as her partner and/or family by providing information, physical assistance, and emotional support. The provision of continuous support during labour by doulas (as well as nurses, family, or friends) is associated with improved maternal and fetal health and a variety of other benefits. (wikipedia)

Advertisements

10 thoughts on “CPD, OP dan Kelahiran Cesarean.. Perlukah?

  1. in shaa Allah next baby dapat normal 😉
    kene cari hospital yang encourage bersalin secara normal la…ini x belum ape2 dah cakap kita xboleh bersalin normal…mentang2 la kite ni kecik je kan

    • Teringin sgt nk g annisa’ or annur tu ..tp kt kb sy kesian plk kat cik abe nk tinggal lama.. Dr khadijah kt annur tu terbaek la sy penah dgr stkt ni siap takbir lg kt labor room.. Islamic birth center kt shah alam ada la tp xtau setara mana doktornya. Kalu xdpt jmp doktor yg bule support, jawabnya sy bsalin kt umah je la..huhuhu..

  2. Besarnya pengorbanan ibu yang merelakan diri dibedah demi nyawa anak yg dikandung 9bulan…biar pun kita tahu kita akan trauma lepas czer tetap nyawa anak kita utamakan…Allah je yg tahu..insyaAllah,izyan kita usaha lg utk vbac next time…kene usaha kuat lg,timba ilmu byk2,doa byk2, say NO to caesarean! klu terpaksa bersalin kat umah pun xpe…insyaAllah kita buat real support group..haha..hajat besar ni…jom kumpul sape2 yg nak vbac…

    • Nita, kt fb ada group yg sy tulis kt atas tu..joinla..bagus tau..byk mende2 yg kita xtahu ada explain dlm tu. nti kite akan dpt tahu yg sbnrnya most of d things yg doktor bg reason utk bdah kita tu sbnrnya adalah alasan semata2..nti sy ingt nk smbg lg artikel ni..kira kempen anti-csar la ni.. 😀 jom Nita!

  3. Saya juga berpengalaman melahirkan anak secara Ceasarean sebanyak 3 kali,hanya Allah sj yg tahu betapa sakitnya saya selepas pembedahan, mungkin pembedahan sy agak berbeza kerana di buat secara memanjang keatas perut saya dari paras pusat….memang teramat sakit sangat sampai saya tak tahan boleh mengeluarkan air mata….yg plng kritikal ketika csar anak yg bongsu bayangkan ubat bius saya habis…coz doktor terpaksa ambil waktu yg agak pnjng utk buat BTL keatas saya sampai ubat bius habis……hanya allah sj yg tahu..

  4. Pingback: liyanahelmy | liyanahelmy

  5. saudari zie, saya cadangkan saudari join group ICAN Malaysia/VBAC Support di facebook. Beberapa minggu yang lalu dah ada pun seorang mummy yang berjaya vba2c dan vba3c. Yang penting kena cari ilmu berkenaan proses kelahiran. Kalau pergi hospital, kebanyakan doktor hanya menumpukn kepada risiko2 yang mungkin timbul, sedangkan lagi banyak kali cser, lagi bahaya untuk ibu. Antara risiko untuk repeat cesarean adalah placenta acretta, iaitu plasenta tertanam jauh ke dalam rahim ibu, melebihi yang sepatutnya. Ni link untuk support group tu, join la ye..

    https://www.facebook.com/groups/ICANMalaysia/

  6. yup..sy pernah org ckp..
    1. Bykla dose ko lg..sbb dose tk abih keluar sbb bersalin czer..
    2.. npe ek tk leh normal..senang je la ko bersalin..potong je da kuar bby
    3.. ko ni byk dose ngm somi ko ni.tu yg tk pat normal..
    4. rugi la ko tk pat bersalin normal..
    5. ank ko tu kecik je..tu pun tk leh normal ke..ko tu slh push tu..bla bla bla…

    sedih tau..walhal sy menanggung lebey dari tu..
    BP sy naek time 33 weeks..time 38 weeks kene induce..try normal tp tk dpt..vacuum+fosep still tk leh gak..then emergency czer..bwh pun jahit gak sbb luke time forceps..
    skang sy preggy 32 weeks..leh VBAC dgn syarat BP sy ok, bby tk songsang, skt bersalin bkn sbb induce..
    skang mmg kene wait & c..so far BP low..mmg mcm tu time ank 1st..doakan sy k..
    TQ

  7. pergh! memang patut cili mulut orang tu seme. sensitif la sket weh.. aduuu..

    orang yang tak pernah merasa derita dan traumanya cser tak berhak cakap macam tu..

    saya doakan awak berjaya vbac 😀

    show them you can do it! bila awak dah berjaya nanti, awak akan jadi all-rounder.. show them, haa kau ado?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s