Yeay! Nak dapat baby! Bahagian 2

Entri ni mengandungi senarai barangan bayi, barangan ibu dan apa yang perlu diisi dalam hospital bag waktu nak bersalin nanti; khas sebagai panduan untuk ibu-ibu baru. Senarai ini adalah kompilasi yang dibuat oleh sepupu saya. Agak panjang tapi tak semestinya kena beli semua sekarang, dan tak semestinya kena beli semua. Ada barang yang anda mungkin tak perlukan, ada juga barang yang lebih baik dibeli setelah bayi lahir. Utamakan barang yang penting-penting dulu, yang selebihnya boleh beli lepas bayi lahir bergantung kepada keperluan dan saiz bayi. Kalau boleh, jangan la sampai membazir ye.

*Please be polite and say thank you in the comments section below after you downloaded the files above to acknowledge the efforts of the compiler.

TIPS:

  1. Shopping awal-awal, beli sikit-sikit: Saya selalu cadangkan pada sesiapa yang bertanya, kalau nak pergi membeli barangan bayi, jangan tunggu dah sarat sangat baru nak pergi. Pergi waktu dalam trimester kedua, atau waktu 7 atau 8 bulan. Bila dah masuk 9 bulan selalunya dah cepat penat. Tapi pengalaman sendiri masa mengandung kali pertama, pergi membeli belah di kala kandungan berusia 7 bulan pun rasa penat sangat, mungkin sebab pergi sekali harung nak membeli semua benda, banyak kena tengok, pilih, sebab tu jadi sangat penat.
  2. Rajin selidik barang yang diperlukan, jenisnya, jenamanya, harganya. Setiap orang keperluannya tak sama. Contohnya, tanya pada diri sendiri soalan seperti, adakah saya memerlukan breast pump, breastpump yang bagaimana yang saya perlukan, adakah saya mampu membelinya, after-sales service macam mana? Rajin-rajin la selidik dan melayari internet untuk mencari maklumat.Different people offer different opinions. Pilih produk yang menepati keperluan kita. 
  3. Rajin cari info jualan murah, jualan gudang, karnival dan ekspo, sebab selalunya waktu-waktu macam ni la boleh dapat bulky items macam stroller, travel system, baby car seat, katil bayi dan baju-baju berjenama macam Chicco, Mothercare dan macam-macam lagi, pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal. Contohnya, saya berhasrat untuk membeli travel system (a combination of infant car seat and stroller) untuk anak saya, harganya selalunya tidak kurang dari RM2000. Saya tak nak yang jenama cikai-cikai sangat sebab nanti cepat rosak, rugi la. Tapi kalau yang jenama bagus, agak mahal rasa macam melebih-lebih pulak. Stroller je pun. Kalau anak taknak duduk dalam tu kan rugi je. Kebetulan  saya pergi ke Mum & Baby Expo di PWTC beberapa bulan lalu. Terjumpa set baru travel system Chicco yang dijual separuh harga. Terus saya ambil. (Stroller Chicco yang dibeli oleh ayah saya masih kukuh sampai sekarang. Adik saya yang guna stroller tu sekarang tengah nak ambil SPM..huhuhu..barang Chicco is definitely worth every cent!

    Kerusi makan  Aiman ~ Chicco Caddy Hook On Chair

  4. Biar mahal sikit asalkan berbaloi. Beli barang ibu dan bayi ni pun boleh dikira macam investment juga. Breast pump, nursing bra dan lain-lain. Kalau beli yang murah sangat, selalunya kualitinya pun cikai. Tapi tak perlu yang mahal ke langit harganya. Membazir dan terlalu bermewah tak bertempat pula. Saya pernah beli baby carrier ayam brand di Giant, gara-gara malas nak menjelajah shopping mall yang sentiasa dibanjiri manusia. Bila balik rumah nak cuba pakai, sampai sudah saya tak dapat sesuaikan tali dengan ketinggian saya. Suami saya je yang dapat guna. Itupun tak selesa langsung.  Sudahnya, carrier tu terperap je dalam almari. Beberapa tahun kemudian, saya masuk ke Mothercare. Saje tengok-tengok harga baby carrier. Jenama Baby Bjorn, range harga RM500-RM800. Hairan pulak tengok mahalnya. Jenama Mothercare, RM239. Nampak kualiti pun bagus juga. Saya pun telefon penasihat merangkap sepupu saya untuk bertanya. Ternyata dia dah gunakan carrier Mothercare sejak anak pertama and is very happy with it. So saya pun decide untuk beli yang Mothercare instead of Baby Bjorn tu. Untung sikit. Tapi kalau nak beli bouncy net, yang jual kat Giant pun dah cukup bagus dah, RM70 je. Tak payah beli yang fancysangat harga ratus-ratus tu.

    Mothercare 3 Position Carrier

  5. Beli barang yang praktikal dan tidak menyusahkan. Zaman sekarang ni, barut/bengkung yang bertali-tali  semua dah dimodenkan dengan velcro. Contohnya bengkung dalam pantang dan tummy binder untuk bayi. Jadi, beli yang velcro, lebih cepat dan mudah digunakan.

TIPS TAMBAHAN:

  • Nursing bra paling sesuai dibeli sewaktu kandungan dah mencecah 8 atau 9 bulan. Waktu ni payudara dah membesar ke saiz maksima atau hampir ke maksima. Bila dah penuh susu nanti pun, mungkin ia membesar sikit je lagi.
  • Membeli baju dan seluar bayi. Beli saiz newborn setakat 2,3 helai pun cukup sebab bayi sangat cepat membesar, tak pun entah-entah bayi agak besar untuk muat baju newborn. Jadi lebihkan saiz 0-3 months, dalam 3-4 helai. Nanti lepas pantang boleh la tambah saiz 0-6 bulan pula.
  • Untuk bayi baru lahir, lebih mudah beli baju butang depan instead of yang sarung kepala sebab sesetengah bayi lehernya masih lembik, dan tak payah beli yang bertali-tali tu leceh.
  • Suka sangat tengok rompers dan jumpers yang kiut miut kat kedai tu kan, tak payah beli saiz newborn. Lagipun bayi kecil tidur je banyak dan most of the time dibedung.  Kalau nak beli rompers, beli yang saiz 3-6 months ke atas banyak-banyak tak apa. Umur ni biasanya sesetengah bayi dah mula meniarap dan lebih aktif.

Rasanya macam dah cover  semua yang perlu. Apa-apa hal nak tanya atau bagi cadangan boleh tinggalkan komen ye.

Aiman masa 7 bulan..suka duduk bawah meja..

Adios~!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s