Rindu itu Datang Lagi: Bahagian 2

Betul ke keputusan aku dulu?

Suatu pagi, ada seorang Encik A call. “Cik Izyan Liyana ke? Saya Encik A, Senior Apprentice Training Officer MAS. Ingat x? Dulu Cik ada tinggalkan nombor cik dan mintak saya contact bila ada opening kat tech services.” Of kos la ingat kan, tapi sgt terkejut dan sgt x sangka encik ni ingat la plak kat aku ni. waktu tu dah dekat 2 tahun kot since aku training kat MAS tu, dan paling malang skali waktu tu dah start first semester buat MSc Mechanical kat uia. “Encik ,terima kasih byk2 sbb hubungi saya ni, tapi skrg ni sy tgh buat master.” Uwaaa!! Rasa nak nangis masa cakap ni. Nak menyesal ke tak?

Waktu cuti midsem final year kat uia, aku balik kampung kat kb nun jauh di sana tu. Cuti2 mesia. Tapi time tu pun dah janji dgn lecturer fyp (dr ali) yg lps grad nti aku akan sambung projek fyp aku sbg research assistant dia. alkisah masa balik kampung tu, beriya buat resume nak antar kat MAS. sbb mmg impian sejak kecik nak join MAS. rasanya anak2 MAS mmg sume ada perasaan camtu kot.  so dgn bersemangatnya, hajat tu disampaikan kat papa dan mama. xkan la papa nak kata xbule plak lgpn time eit dulu dia yg beriya2 suh apply MAS. walhal kalu diikutkan aku nak praktikal kat transmile bersama member2. lgpn senior2 kata praktikal kat MAS xde keje, boring, siap bule tdo kt surau and praktikal kat transmile plak mcm2 dia suh wat. tapi bila dah gi training kat MAS tu, rupanya2 realitinya adlh apa yg kita dpt waktu praktikal tu bergantung pada usaha kita sendiri. kalu kita rajin, banyak la bule belajar. kalu malas, mmg la x belajar apa2.

nak dijadikan cerita, lps berbincang dgn parents, rupanya papa x bape nak restu dgn hajat aku tu. “it’s a man’s world” katanya dgn dahi berkerut miut. mama pun rasa sama gaks walaupun xpernah menghalang. alamak, terdiam aku dibuatnya. beberapa kali papa tanya planning aku utk future. “why don’t u just go into academic? it suits u better especially when u get married” huhu go back to school ke? nanti 10, 15 tahun lagi bila dah boring dok dalam industri, join la akademik plak. time tu dah banyak experience and dah terer dgn selok belok kapal terbang baru la konfiden sket nk mengajar. masa tu, kawen mmg x termasuk langsung la dlm planning. boyfren pun xde. happily flying solo gitu.

but i still stick to my decision. tetap buat resume dgn tekad utk teruskan impian. pastu balik uia, tekun menyiapkan projek tahun akhir.

lps dah setel final exam dan fyp, aku pun bawak la resume aku jumpa manager kat department yg aku nk mintak tu la. tapi dia xde plak. so alang2 dah smpi situ, jumpa la dgn staf yg kebetulan free, bagi dia tgk resume aku tu ok ke tak. tapi agak mengecewakan bila diorg sume ckp skg ni tgh ‘freeze hiring’. haih~ awat la time aku nk apply ni bule pegi freeze plak. walhal dah terang2 diorg ni understaffed. So aku pun balik la dgn perasaan yg sedikit kecewa tapi masih belum berputus asa.

tapi sejujurnya, dgn senario waktu tu, aku sendiri pun x yakin aku boleh capai impian aku tu.  first and foremost is, papa pun x bape setuju. tu pun dah jadi sign, sbb selama ni dia x pernah halang minat aku. katanya, environment kerja yg aku nak tu x sesuai utk seorang wanita, what more utk seorg wanita yg bergelar isteri. my future husband won’t be happy about it. so instinct aku dpt rasa yg jalan yg aku nak pilih ni akan jd sukar. kedua, waktu ni la plak jodoh sampai. so, mmg kena seriously consider, mampu ke nak carry 2 benda besar serentak ni. i know for sure that i would be a workaholic, nak lg kalu keje situ. keje smpi tgh mlm, tah2 siap ada oncall. if im going to be wife and mother, aku kalu bule xnak la keje beriya mengalahkan suami aku plak. siang malam, weekdays weekend keje. padahal bukan aku yg kena sara family pun, tapi aku plk yg lebih2! and i was pretty sure that, kalu aku dpt keje yg aku nak tu, mmg keje tu la akn jd prioriti aku. nama pun cinta pertama!

so somehow, dalam aku tekad nak apply keje tu pun, tetap ada rasa pasrah dlm hati aku. MAS bekukan pengambilan pekerja ngam2 time aku nk gi apply tu pun is big enough sign for me. so dgn separa rela, aku pun apply la master uia.

lps tu plak, terjumpa paksu kat waktu melawat makcik aku meninggal. dia mintak resume aku utk dia pass kat senior engineer yg supervise aku masa aku praktikal dulu. orang tu mmg dah ckp, yg dia nak train aku, so by the time aku habis belajar, dia akan terus hire aku. manager tu kwn baik dia, so musti bule dpt punye la! tapi aku xtau la nape la aku gi ckp kat paksu yg aku xnak keje situ. alasannya, papa x bagi. hohohoh! 2 panggilan resume yg aku tolak mentah2. tensi bila mengenangkannya kembali.

tu cerita tahun 2008.  dlm thn 2010, MAS buka iklan dlm jobstreet utk jawatan yg aku nak tu. tp last minute baru apply. sbb asalnya nekad kata tak nak. tapi makin hari diingat, rasa nak sangat2 plak. tapi bila dah selamat hantar resume, hari2 plak doa supaya x dpt. sbb x sanggup tinggal aiman bawah jagaan org. waktu tu aiman baru 6 bulan dan masih menyusu badan. rasa x smpi hati nak tinggal dia kat org mengenangkan betapa dia sangat attached dgn aku.

kesimpulannya, aku mmg dlm dilema yg sgt besar, antara kerjaya idaman, dan tanggungjawab dunia akhirat sbg isteri dan ibu. walaupun suami x pernah halang, tapi aku sendiri yg x yakin aku boleh bawa kedua2nya. bukan x percaya diri sendiri, tapi more like ambil langkah yg lebih selamat utk mengelak fitnah dan masalah di kemudian hari. suami dan anak2 adalah aset dunia akhirat, sedangkan kerjaya tu cuma takat smpi umur pencen je. so aku xnak la kerja bagai nak rak smpikan family tunggang langgang, xnak la berjaya dlm karier tapi dlm hidup tah kemana. dan yg paling aku taknak is anak2 membesar with an invisible mother. so i guess, walaupun hati sgt berat, tapi keputusan ini la yg terbaik yg sesuai dgn matlamat hidup aku yg mahukan keseimbangan dunia dan akhirat. suami aku pernah ckp, smpi bila2 pun aku xkan dpt melupakan hasrat dan impian yg x kesampaian ni. but i know i made the right choice, so tahan je la kan walaupun susah.

nak kata 100% menyesal pun x jugak. bila dgr cerita dari suami pasal corak kerja dlm male-domain ni, ada gak rasa syukur aku end up dok umah je. tu baru cerita dlm opis, belum cerita kalu masuk site lg. byk adab2 dan batas2 pergaulan yg x terjaga, byk peluang utk terjebak dlm kancah pelik2. kalau dah masa praktikal dulu pun aku hampir terkena gaks sindrom2 tu, apatah lagi kalu dah kerja tetap. dalam kes mcm ni, baik buruk pilihan tu dah terang. so istikharah pun x bape relevan dah.

haih~mcm tu la alkisahnya, labu!

sekian, terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s